KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, www.moe.gov.my

Pelajar yang berjaya dikehendaki cetak surat tawaran dan daftar di sekolah yang ditawarkan pada

Tarikh   : 8 Mei 2013
Masa       : 8.30 pagi
Tempat : Dewan sekolah

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama semasa pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam
  2. Satu salinan Kad pengenalan pelajar
  3. Satu salinan Sijil kelahiran pelajar
  4. Satu salinan Slip keputusan SPM
  5. Satu salinan Sijil berhenti Sekolah
  6. Sijil /Markah Kokurikulum 

 

Sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan dengan pertukaran sekolah, pertukaran jurusan dan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh merujuk kepada Penolong Kanan Tingkatan 6, Pn Tan Bee Leang.
Sekian, terima kasih.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.